Saturday, September 8, 2012

Pada 2 Syawal 2012 (Updated)

Selalunya, kalau kitorang decide nak beraya kat both Kuantan & Klang, kitorang akan siapkan dua warna tema. Macam last year, 1 Syawal kat Kuantan sedondon tiga beranakberbaju biru, kat Klang plak serba kuning. Tahun ni, kat Kuantan dah sedondon hijau, rasanya2 warna apa kitorang buat kat Klang???

Hihihihi....

Kita kasi suspen dulu...


Tunggguuuu.....

;)

Updated.

















Caption letak sendiri. Hehe...

Friday, September 7, 2012

Salam Aidilfitri 2012 (Updated)

Seperti yang dijanjikan......

Tadaaaa!!! Azra makan nasi minyak to'ki  pada 1 Syawal di Kuantan.

Baru edit satu gambar dah letih. Susah ler takde picnik. Korang edit pakai software ke? Ada sesapa pakai online editor best2 tak?

Anyway....

Updated tak lama selepas itu. Hihi..

Anak mama. Dia sorang je la yang ingat aku, menten melekat masa kat Kuantan ni. Yang sorang lagi tu....hurmmm....

Anak papa.
Bergambar dengan Mok Ngoh. Bukan Mak Ngah tau tapi Mok Ngoh. Sebutan kena tepat.
Adik beradik & mak papa Rul. Ada lagi yang tak masuk sebab memasing dah sibuk buat hal masing2 masa ni.
Sementara tunggu derang bersiap nak keluar beraya second round, I belasah rendang ayam pencen lagik. Ratah lauk-lauk je sebab kain dah sendat makan nasi minyak banyak round.  Hihi.

Anak mak. Kat kampung dia mesti nak meleser dengan mak  dia kan? Sekeping pun takde gambar dengan aku masa kat Kuantan ni. Gambar bertiga satu famili pun takde. Nampak sangat papa Rul tak ingat sayang dia kat bini masa ni. Bila aku edit gambar raya terus terasa hati dowh. Mode sentap

T___T

Apa-apa pun, tahun ni kitorang berjaya beraya banyak tempat masa kat Kuantan. Tu pon sangkut jap tghari tu kena balik amik adik2 nak pergi rumah BIL. Dia tak sihat plak memang kesian la. Kalau tak, ramai lagi la sedara mara yang kali pertama aku jumpa. Aku suka beraya awal kat Kuantan. Kalau dah masuk raya kedua dan seterusnya, kat sana kurang meriah. Tak sama cam kat sini, kita raya sebulan. Hehe. Lepas ni aku cuba cepat2 upload gambar beraya kat belah aku plak eyh. Daaa...

Wednesday, September 5, 2012

Gambar Raya Takde

Malam tadi aku dah ingatkan diri sendiri nak bawak card reader pi opis. Tengah semangat nak upload gambar raya yo! Aku kat opis tengah free sikit. Kat rumah tak sempat la mak encik bz sokmo dengan kecik tu. Bizi menten rumah takut ada tetamu berkunjung  cececece....

Sekali, pagi ni tetap ku lupa. Hampeh. Kesian korang tertunggu2 gambar raya ku. Ni feeling retis orang nak belek gambar raya kau dong! Hehe...

Anyway, ada lah sikit ni gambar beraya rumah ibu Dee sesambil meraikan birthday ketiga Adam. Amik pakai kamera fon idak ler terang benar. Asalkan ada je ni. Wee wee....Azra memang suka bab nyanyi2 lagu birthday nih! Lagi2 dapat benda tiup-tiup tu, ada belon, ada cake. Memang seronoklah beliau. Tapi malangnya benda tiup2 tu tertinggal. Ngagagaga....sib baik tak nangis.




Thanks sebab menjemput ye. Dah besau dah dak Adam.

Sebab tak dapat upload gambar raya, aku rasuah Azra dendangkan lagu raya untuk korang yeah. Enjoyyy!!!


Tuesday, September 4, 2012

Raya Yo!

Aku kat office. Pagi tadi ada training tapi ni ha dah habis. Sorang je pon yang aku kena train. Boleh plak tercicir dari rakan2 yang lain. Tapi memang kacang rebuslah kalau dah seketul je yang aku kena terangkan sampai faham. Kalau ramai-ramai, sampai hilang suara pun belum tentu derang boleh faham. Huhu....itulah nasib ku.

Dah 17 hari kita beraya eyh. Aku belum sempat nak resize gambar raya. Insyaallah kalau rajin, nanti2 aku uploadkan sikit. Bila lagi nak baju sedondon kenn..

Memang spent time beraya je la kitorang tapi idak ler banyak giler rumah yang dikunjungi. Cuma agaknya sebab clan kitorang ni kalau beraya jenis suka lepak lama2. Kalau boleh setiap jenis biskut raya tu mesti nak try apatah lagi kalau ada juadah2 ketupat, rendang, soto, nasi minyak dan lain-lain. Masa raya hari pertama kat Kuantan, adalah dalam 5 buah rumah Rul dok ulang makan nasi minyak je keje dia. Agaknya walau dah kenyang, hentak2 balik dalam kereta, sampai rumah seterusnya adalah ruang sikit nak spare. Hoho. Selain tu, kitorang jenis takleh berhenti nak berborak. Mak dengan bapak aku lagi ler. Agaknya rindu benar dengan adik beradik dia, punya liat nak angkat punggung nak beransur. Makcik2 pakcik2 aku pun letakkan syarat selagi tak makan nasi atau juadah raya derang, jangan harap leh balik. Muahahahaha! Macam orang mengantuk disorongkan bantal. Selain sedara-mara yang rapat2, kitorang spent time gak memenuhi jemputan open house dari sahabat handai yang sudi menjemput. Tapi taklah hari2. Setakat yang mampu je sebab bila bos dah mula keje, memang limited sangat masa yang ada. Yer la bos ai kan kerja atas jalan. Waktu malam plak tu. Maka kena gak berpada2 consider masa dia nak tidur etc. Walaupon dalam kete, depan adik2, depan kawan2 aku bebel papa Rul liat nak join menziarah tapi dalam hati ni ha, aku faham. Saje je nak gempak. Hehe....buat dosa je kan?

Tahun ni, kali ketiga Azra sambut Syawal. Tahun pertama dulu, masih baru nak belajar jalan. Ingat tak lagi mak super duper excited gi tempah kurung size 1? Tahun ni dah insaf tak menempah lagi dah. Beli je siap. Lawa jugak. Dan lagi murah rasanya. Lagipun size 2 banyak sikit pilihan. Azra ni, walaupun dah nak naik 3 tahun in a month plus2 time tapi masih ler size 2 badannya. Memang menten slim. Tapi chubby sikit dah. Takler becok sangat tapi dah bolehlah dengar ayat2 orang besar dari dia. Hari tu kitorang borak2 dalam kete cerite pasal dia takut kitorang tinggal dia masa open house BBIM, sekali dia mencelah, "Azra tak takutlah, Azra malu je.". Haha! Gelak guling2 kitorang dengar dia cakap macam tu. Pandai plak bagi alasan. Hihi. Btw, this year takde birthday party. Kitorang nak buat birthday trip je. Itu pon tak plan lagi. Entah2 stay satu malam kat anywhere in KL then buat trip ke Aquaria je. Not bad jugak kan the idea. Takyah jalan jauh dan tak penat badan. Hihi...boleh pulun mandi pool lama2. Atau berendam je dalam bath tub.

(Errr....tapi nak buat party kat BBIM gak :P)

Berbalik pasal raya, tahun ni aku dah niat nak masukkan hasil kutipan duit raya Azra dalam tabung Haji. Amik berkat. Habis 30 Syawal nanti kena cepat2 bukakan akaun untuk dia. Tahun lepas bertangguh2 tak masukkan akaun bank, sampailah aku terguna. Masa tu ingatkan nak top-up dalam akaun saham Didik je. Dah pergi bank pun, dah isi borang siap2, sekali banker kat kaunter bgtau yang akaun didik dah full. Huhu...nak masuk SSPN plak masa tu tapi dia nak apa ntah. Last2 aku bertangguh, sampai la, aku belum bayar hutang tu kat Azra. Huhu....nanti mama bank-in yer darling ;)

Kitorang style takde open house. Jemput je la datang rumah aku bila2 masa sekali pun. You are all invited yer. Jangan segan2. Tapi kalau boleh, call la dulu. Insyaallah adalah rezeki korang sikit. Jangan jadi cam adik aku. Konon2 nak surprise kan kitorang, last2 dia yang surprise. Hehe....sib baik masih dapat jamu biskut raya dengan pizza flat bread. Dah ler aku jenis ada 4 je kuih raya bukan berderet2 berjenis2 macam rumah orang. Bilangan kuih mengikut jumlah bekas kuih raya yang ada. Hihi....jadik ler kan?

(Kalau call dulu pon tak semestinya aku masak sedap sangat. Hehe....)

Okaylah. Aku nak sambung buat keje. Sampai bertemu kembali....daaa....